Khamis, 25 April 2013

SAMBUTAN HARI GURU

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

OBJEKTIF

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan,   dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih baik.

LAGU

TEMA

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

TEMA HARI GURU 2013 : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Isnin, 15 April 2013

CABARAN GURU PADA MASA KINI


CONTOH : GURU YANG BERANI MENYAHUT CABARAN

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). 

Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar, mencabar dan kompleks.

Ahad, 14 April 2013

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

 
Proses pendidikan sentiasa sinonim dengan aktiviti perubahan. Teori behaviorism misalnya menekankan perubahan tingkah laku sebagai ukuran keberkesanan pencapaian objektif pembelajaran. Pendirian berkenaan juga disokong oleh sarjana perancangan kurikulum seperti Ornstien yang melihat reka bentuk kurikulum sebagai memenuhi keperluan perubahan.
Di Malaysia, dinamika perubahan dalam dunia pendidikan diberikan pelbagai nama seperti inovasi, reformasi dan transformasi. Hakikatnya, tanpa slogan yang muluk-muluk pun, pendidikan tetap tidak boleh lari daripada momentum perubahan. Namun, manusia memang tertarik dengan susunan kata yang indah seperti cogan kata dan tema tertentu.
Sambutan hari guru kali ini membawa tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Inovasi atau pembaharuan sudah menjadi antara tugas asasi guru, terutama dari segi amalan terbaik pendidikan. Guru wajib mencari jalan untuk menolong murid masing-masing menuju puncak jaya, selaras dengan semangat pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan bermutu untuk semua murid.

Syarat penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status quo. Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru inovatif. Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan ikrar keguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan.

Bijak pandai mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkan manusia terus bergerak. Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagian murid yang berasa rendah diri justeru latar belekang sosioekonomi dan pengalaman hidup mereka yang tidak setara dengan rakan sebaya yang lebih bernasib baik. Dorongan dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif yang peka terhadap potensi dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-daun yang hampir layu.

Guru bukan lilin yang membakar diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam kehidupan insan. Kini, kaum guru telah menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran sebagai balasan kepada perkhidmatan yang diberikan. Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kerjaya ikhtisas yang lain, kaum guru telah diberi penghargaan yang cukup tinggi.

Sekadar senarai, ciri guru inovatif termasuk:

1   sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah

2   sentiasa peka akan tema keperluan murid dan memberikan tindak balas yang sesuai

3   cenderung kepada saranan ikhtisas: dapatan kajian tindakan sendiri / orang lain

4   membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang

5   menghormati buah fikiran dan pendapat rakan sekerja

6   memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan sekolah

7   memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid

8   mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah

9   menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran

10   menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid dalam persekitaran bilik darjah


Proses transformasi pendidikan tidak lagi berlaku dalam skala yang kecil. Murid harus disediakan untuk berhadapan dengan cabaran global yang tidak menentu. Walaupun daya saing diutamakan, jati diri mesti kekal sebagai modal sosial masyarakat.

Negara maju berpendapatan tinggi bergantung kepada modal insan minda kelas pertama yang datang dari dunia pendidikan. Aplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap dibimbing oleh tujuan yang suci. Peranan guru inovatif tidak akan pernah berhenti...

Khamis, 4 April 2013

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi?  Bagi yang telah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. Jangan lupa untuk membaca entri ini - Adakah Anda Layak Menjadi Pengundi Dalam Pilihan Raya? dan menonton video di bawah tentang penambaikan PRU-13.

Semakan melalui laman web

1. Click link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah di laman web SPR - http://www.spr.gov.my/


2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK


Semakan melalui SMS


Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888

Semakan melalui talian telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :


(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686


(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini


(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f) Senarai Penolong Pendaftar

Senarai pusat mengundi

Pihak SPR juga telah melancarkan laman web khas PRU13 pada 30 Januari 2013 yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Baca berita lanjut di sini.

Sila click gambar / link berikut untuk ke laman web PRU13 :