Isnin, 4 September 2017

BAB 2: CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN : BAHAGIAN A DAN B

Bahagian A

Contoh Soalan (TP1)
Nyatakan  lima  jenis pelepasan cukai yang berikan kepada perniagaan di Malaysia                        [5 markah]

Jawapan
Lima jenis pelepasan cukai yang berikan ialah:
1.     Taraf Perintis
2.     Elaun Cukai Pelaburan
3.     Potongan Cukai
4.     Pengecualian Cukai

5.     Elaun pelaburan semula

Contoh Soalan (TP3)
Nyatakan tiga jenis pasaran dalam trend persekitaran perniagaan.                                                    [3 markah]

Jawapan:
jenis pasaran seperti berikut:
1.     pasaran untuk semua (mass market)
2.     pasaran produk
3.     pasaran kewangan

Contoh Soalan (TP4)
Jelaskan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.               [3 markah]

Jawapan:
Kelebihan Sumber Manusia Dalaman
·         Memotivasikan pekerja
·         Pekerja lebih memahami budaya organisasi
·         Maklumat pekerja sedia ada


Bahagian B

Contoh Soalan (TP4)
Terangkan tiga gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan.                                                                                                                                                         [9 markah]
Jawapan
Tiga gaya pengurusan dalam faktor dalaman ialah:

(i) Gaya pengurusan laissez-faire
  • ·         menunjukkan majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka.
  • ·         mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal.
  • ·         menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

(ii) Gaya pengurusan autokratik
  • ·         tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan .
  • ·         berpotensi untuk menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan sesetengah pekerja.

 (iii)  Gaya pengurusan demokratik
  • ·         mengamalkan toleransi dan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja dalam semua aspek.
  • ·         mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Contoh Soalan (TP3)
Jelaskan empat peranan kerajaan dalam mengatasi  masalah  berkaitan Deflasi.                          [8 markah]

Jawapan
Empat peranan kerajaan dalam mengatasi  masalah  berkaitan Deflasi
·         menurunkan kadar cukai
·         mengurangkan kadar cukai -  dapat meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk.
·         Kesannya, pengguna boleh berbelanja lebih bagi merangsangkan aktiviti perniagaan.
·         memberi khidmat nasihat dan perundangan
§  mendidik para peniaga – menggunakan sumber secara optimum dalam aktiviti perniagaan
§  meningkatkan jumlah aktiviti eksport ke negara serantau.
·         dasar kewangan negara
·         menurunkan kadar faedah – pengguna mengurangkan simpanan di bank dan meningkatkan perbelanjaan.
·         menurunkan cukai eksport - untuk menggalakkan aktiviti perniagaan pada peringkat antarabangsa.
·         dasar fiskal
·         menurunkan kadar cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan
·         akan menggalakan aktiviti perniagaan - hasil pendapatan kerajaan akan meningkat melalui kutipan cukai korporat dan individu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan