Ahad, 22 Oktober 2017

BBM / BUKU MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 5 TAHUN 2018




                                                   EDISI LENGKAP: 

NOTA, LATIHAN (OBJEKTIF, ESEI)
(SUSUNAN NOTA, OBJEKTIF, LATIHAN BAHAGIAN A, B DAN C)



ADA BORANG SEMAKAN PELAJAR :
TAHAP PENGUASAAN : TP 1 - TP 6 BAGI SETIAP BAB
TAJUK 1: BAB 1- 4
TAJUK 2 : BAB 5 - 7


EDARAN : SEAWAL DISEMBER 17 / JANUARI 18




BERMINAT : WHATAPPS / TELEGRAM  013-7850220 (ROSWADI)

Sabtu, 21 Oktober 2017


BAHAGIAN A

contoh soalan
Jelaskan peranan utama bahagian fungsian ICT dalam sesebuah organisasi perniagaan.                                                                                      [ 6 markah]

jawapan
Peranan bahagian fungsian  ICT adalah seperti yang berikut:
1.    memastikan keselamatan sistem pada setiap masa
2.    sentiasa memantau untuk  memastikan bahawa hanya     pengguna yang dibenarkan sahaja mengakses  sistem
3.    mewujudkan dan mengendalikan sistem simpanan bagi data kritikal dalam keadaan kecemasan
4.    membantu dan melatih staf menyelesaikan masalah penggunaan perisian baharu
5.    memantau dan mensyorkan kepada pihak pengurusan  sistem  dan perisian terkini mengikut perkembangan dan pemakaian semasa yang dapat  membantu operasi  perniagaan;
6. membantu pengguna dalam organisasi berhadapan dengan asalah dan aplikasi komputer.

BAHAGIAN B

CONTOH SOALAN 

Maklumat di bawah ini berkaitan  dengan Encik Osman.

Encik Osman adalah seorang bekas guru. Selepas bersara, beliau memulakan restoran kerana minat dalam bidang memasak.  Sejak membuka restoran dua tahun  yang lepas, beliau  telah  mengalami kerugian hampir RM100 000. Beliau gagal menarik pelanggan untuk berkunjung ke restorannya kerana persaingan daripada beberapa restoran berdekatan. Beliau tidak bijak melatih pekerja dari segi kekemasan dan cara melayan pelanggan. Malah, beliau kurang arif dari segi kewangan dan penyimpanan 

a. Nyatakan bentuk perniagaan yang dicadangkan oleh isteri Encik Osman. [1 markah]
b. Pendapat pendapat  anda, patutkah Encik Osman menerima cadangan isterinya?  [ 6 markah]

JAWAPAN

Jawapan
(a)
Bentuk perniagaan ialah - Francais
1
Jawapan
(b)
·         Ya  -  Encik Osman menerima cadangan isterinya
·         memulakan perniagaan   francais - menikmati kelebihan  seperti  memiliki  dan menjalankan  perniagaan yang sistematik
·         francaisor melatih francaisi - cara-cara menguruskan perniagaan dengan sistematik
·         contohnya  cara  menyediakan  rekod kewangan
·         jenama D'Best Satay sudah terkenal
·         Encik  Osman  tidak  perlu  bersaing dengan restoran  lain untuk mendapatkan pelanggan 
·         Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan
·         francaisor   akan   membantu    Encik Osman melatih pekerjanya 
1
1

1

1
1
1

1
1
Maks: 8m




CONTOH : SOALAN KAJIAN KES (BAHAGIAN C) MP PERNIAGAAN 3766/2

CONTOH 1: BAHAGIAN C (20 MARKAH)

Arahan: Soalan wajib, Sila baca kes dengan teliti dan jawab semua soalan


Rubberex PLC, United Kingdom merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan sarung tangan getah khas yang digunakan dalam bidang perubatan sejak 2005. Keluaran syarikat dianggap paling bermutu di dunia dan dijual pada harga yang mahal berbanding dengan keluaran para pesaing lain. Kejayaan syarikat menghasilkan sarung tangan bermutu tinggi disumbangkan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang sentiasa melaksanakan penyelidikan untuk mencari kaedah baharu untuk meningkatkan mutu hasil keluaran. Justeru , hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun.Selain peranan bahagian R & D, kejayaan syarikat juga disumbangkan oleh tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar.
Syarikat sentiasa menyediakan pelbagai latihan dalaman dan luaran untuk meningkatkan kemahiran pekerja. Pihak pengurusan juga menjalin hubungan yang baik dengan pekerja. Pekerja diberikan kebebasan untuk meluahkan idea dan pandangan masing-masing. Hal ini merupakan salah satu sebab pekerja sentiasa bermotivasi tinggi dan cuba untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain menggunakan pekerja dalam syarikat, syarikat mengambil pekerja baharu yang berpengalaman dari luar negara yang membawa idea baharu. Hal ini telah membantu syarikat meningkatkan daya pengeluaran.
Beberapa tahun belakangan ini, kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan para pelanggan syarikat mengambillangkah mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan. Mereka mula mengurangkan pembelian produk syarikat dan mengalihkan tempahan kepada pengeluar lain yang menjual pada harga yang lebih murah. Jualan dan keuntungan syarikat mula merosot mulai tahun 2010. Hal ini menyebabkan syarikat mengambil keputusan bagi mencari jalan untuk mengeluarkan produk pada kos yang lebih rendah tanpa menjejaskan mutu agar dapat menjual hasil keluaran pada harga yang lebih kompetitif.
Syarikat Rubberex PLC, UK telah menghubungi sebuah syarikat tempatan Malaysia, iaitu Syarikat Supermaks Berhad, sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai jenis sarung tangan getah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa Pada tahun 2011, kedua-dua syarikat bersetuju untuk memperbadankan satu syarikat baharu yang dikenal sebagai Superglove Sendirian Berhad dengan pejabat dan kilang di Kawasan Perindustrian Temerloh, Pahang.
Syarikat Supermaks Berhad mengeluarkan modal untuk membina kilang, menyediakan tenaga kerja, dan mendapatkan bahan mentah. Sementara itu, Syarikat Rubberex PLC, UK akan menyumbangkan teknologi dan tenaga pakar dalam proses pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan. Untung atau rugi dikongsi pada kadar nisbah 54 : 49 antara Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK masing-masing. Superglove Sendirian Berhad telah berkembang maju dalam masa beberapa tahun penubuhannya . Pada masa ini, syarikat mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 250 orang. Pada tahun 2016, nilai jualan syarikat adalah sebanyak RM150 juta.



Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
(a)  Jelaskan tiga faktor dalaman perniagaan yang membawa kepada kejayaan Rubberex PLC, UK.[7 markah]
(b)  Terangkan satu faktor luaran perniagaan yang menyebabkan jualan  dan keuntungan Rubberex PLC, UK merosot mulai tahun 2010. [3 markah]
(c)  i.    Nyatakan  bentuk  usaha  niaga  antara  Syarikat  Rubberex  PLC,  UK  dan  Syarikat
      Supermaks Berhad melalui penubuhan Syarikat Superglove Sendirian Berhad .  [1 markah]
ii.  Terangkan tiga kelebihan usaha niaga ini kepada Syarikat Rubberex PLC, UK.      
[6 markah]

(d)  Jelaskan saiz perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad.  [3 markah]

JAWAPAN:

Jawapan 
BAHAGIAN C – KAJIAN KES (20 MARKAH)
MARKAH
(a)
Faktor dalaman perniagaan yang membawa   kepada   kejayaan   Rubberex PLC, UK
1.    Gaya pengurusan
·         mengamalkan gaya pengurusan demokratik
·         di mana pekerja bebas meluabkan idea dan pandangan
·         pekerja bermotivasi untuk mencapai matlamat 
2.    Sumber manusia
·         syarikat mempunyai tenaga pekerjanya yang mahir dan pakar
·         sentiasa menyediakan pelbagai latihan  dalaman  dan  luaran  untuk meningkatkan kemahiran pekerja
·         mengambil pekerja baru yang berpengalaman dari luar yang membawa idea baharu.
3.    Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
·         sentiasa melaksimakan penyelidikan untuk mencari kaedah baru untuk meningkatkan mutu basil keluaran
·         dapat mengbasilkan sarung tangan getah khas bermutu paling tinggi di dunia
·         Justeru, hasil jualan dan keuntungan syarikat terus meningkat dari tahun ke tahun


1
1
1
1
1
1
1

1


1
1

1

1
Maks: 7m
(b)
Faktor luaran yang menyebabkan jualan dan keuntungan  Rubberex PLC, UK merosot mulai 2010 ialah:
1.    ekonomi 
·         kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan kuasa beli pelanggan syarikat
·         pelanggan mengurangkan pembelian produk syarikat dan sebaliknya membeli produk pesaing yang lebib murah



1
1

1
Maks: 3m
(c)(i)
(c)(ii)
·         usaha sama
Kelebihan  usaha  sama kepada Rubberex PLC, UK
·         Boleh menjalankan perniagaan di tempat yang belum pernah diterokai
o   syarikat dapat menjalankan operasi pengeluaran produk di Malaysia
·         Dapat  meningkatkan modal dan tenaga kerja
o   syarikat dapat berkongsi modal dan tenaga kerja yang disumbangkan oleh Syarikat Supermaks Berhad 
·         Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi
o   kedua-dua Syarikat Supermaks Berhad dan Rubberex PLC, UK akan berkongsi untung rugi pada  kadar 51 : 49 masing-masing
1m


1

1

1

1

1
1
Maks:6m
(d)
Perniagaan Syarikat Superglove Sendirian Berhad ialah :
·         bersaiz besar
o   jualan tahunan melebihi RM50 juta
o   mempunyai bilangan pekerja melebihi 200 orang

1
1
1
Maks: 3m

Selasa, 10 Oktober 2017

BAB 3: VIDEO DAN CONTOH PENGIRAAN TPM

VIDEO : TITIK PULANG MODAL (TPM)


                                  Video 1: Pengenalan Kepada Titik Pulang Modal


Video 2: Mengira Titik Pulang Modal (TPM)


Video 3: Penentuan Titik Pulang Modal Dengan Lakaran Graf Titik Pulang Modal



Kegunaan Titik Pulang Modal
1.   Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
2.   Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
3.   Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.
4.   Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.

Merendahkan titik pulang modal dengan;
i.    Meningkatkan harga jualan.
ii.    Mengurangkan kos tetap.
iii.   Mengurangkan kos berubah seunit.

Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal

a.   Kesan ke atas TPM jika;

i. Kos tetap berubah
· Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.
· TPM berubah secara langsung dengan kos tetap.

ii. Kos berubah seunit berubah
· Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan sebaliknya.

iii. Harga jualan seunit berubah
· Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.

b. Menentukan kuantiti jualan bagi mencapai sasaran untung yang dikehendaki.
· Dengan menggunakan rumus;
Kuantiti Jualan = Kos Tetap + Untung Sasaran

                                                                              Margin Caruman Seunit

a) Titik Pulang Modal (TPM)
·         Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung. 
·         Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
·         TPM penting  kerana  dapat  membantu perniagaan  mengetahui  sama  ada  perniagaan dapat   terus   beroperasi    atau   tidak   serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.

Formula TPM: 
TPM =  ___________Kos tetap (KT)____________
                                         Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)

Contoh 1:
·         Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
·         Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
·         Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.

Berapakah kuantiti yang  perlu  dikeluarkan  oleh syarikat  agar  balik  modal?

TPM       =             __________Kos tetap____________
                                                                Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
                                TPM       =             RM300 000
                                                                RM5 – RM3
=             150 000 unit

Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang  alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen  seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.

Hitungkan:
a)     Titik Pulang Modal
b)    Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c)     Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci        

a. Titik pulang modal (TPM)


Titik pulang modal : =               Kos tetap
                                          harga - kos berubah

Kos tetap
·         sewa kedai                    : RM6 000
Kos berubah
·         Gegelung plastik           : RM 0.20
·         Klip                              : RM 0.10
·         Kertas foto                   : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit                  : RM 8.00


Titik pulang modal (TPM)     =          RM 6000_____
                                                     RM 8.00 – RM 0.40
                                                =  789.47 atau 789 unit

b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

            Keuntungan   = Jumlah Hasil - Jumlah Kos
                                    = (QxH) – (KT+KB)
                                       (1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
                                    = RM1 600

c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci        
                                    (2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)
                                    = RM13 000
Contoh 3:
Kos tetap
        Sewa sebulan : rm15,000
        Gaji tetap        : rm50,000
Kos berubah:
        bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
        bagi sepasang kasut : RM100

i.                     TPM             = ___RM15000 + RM50000___
                                       RM100 – RM50
                        = __RM65000___                                                 
                                    RM50
                        = 1300 pasang

Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:
                             = 1300 pasang x 12 bulan = 15,600 pasang

ii.                  Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:
Kos berubah bagi - sepasang kasut
               = (20 % x RM50) + RM50 
               = RM 60

TPM       = __RM65000__
                   RM100-RM60
                = __RM65000                    
                         RM40    
                = 1625 pasang 

Contoh 4:

Formula
TPM = _______kos tetap_________
            Harga – kos berubah seunit
  
Kos tetap
        Sewa sebulan : rm10,000
        Gaji tetap        : rm24,000
Kos berubah:
        bagi sepasang kasut : RM50
Harga jualan :
        bagi sepasang kasut : RM100

i.                     TPM = ___RM10,000 + RM24000___
                                           RM100 – RM50
                        = __RM34000___                  = 680 pasang
                                     RM50

     Contoh 5:

         Kos tetap: RM50 000
         Kos berubah: RM60 seunit
         Harga seunit: RM100




Hitungkan:

i.         Titik pulang modal
                      
            TPM    =  ______Kos tetap____
                            Harga – kos berubah
     
                       =  ___RM50 000__             = 1250 unit  
                             RM100 - RM60

** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000  (1250 x RM100)

ii.         Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)

            Jumlah kos (JK)   =          Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)
                                           =          RM50 000 + (1250 x RM60)
                                           =          RM125 000


Iii          Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit

            Untung  =  Jumlah Hasil – Jumlah Kos
                          = (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah)
                          = (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM60)
                          = 300,000 - RM230 000
                        = RM70,000.00

CONTOH 6:


CONTOH SEPERTI DI BAWAH: 
·         Harga Jualan (per unit) : RM 55
·         Kos Berubah (per unit) : RM 30
·         Kos Tetap : RM 3000

PENGIRAAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

                      
            TPM    =  ______Kos tetap____
                            Harga – kos berubah
     
                       =  ___RM 3 000__             137 unit  
                             RM 55 - RM 35


Maka Titik Pulang Modal bagi produk anda adalah 137 Unit jika produk tersebut dijual dengan harga RM 55. 

Jika anda menjual melebihi 137 unit bermakna anda telah membuat keuntungan untuk produk tersebut.  

Andai kata harga jualan diletakkan lebih tinggi dari RM 55 maka Titik Pulang Modal akan menjadi lebih rendah untuk anda.

Formula Titik Pulang Modal
 digunapakai jika anda mengeluarkan hanya satu produk sahaja.

Jika anda mengeluarkan lebih dari satu produk formula titik pulang modal yang lain akan diguna pakai.